Friday, December 24, 2010

Di SILVERSPOON


Hari ini tanggal 25hb Disember merupakan hari yang sangat lah dinantikan oleh penganut agama Kristian. Selalunya pada hari inilah mereka dapat berkumpul dengan kaum keluarga dan sahabat handai mereka.Mengikut kefahaman, hari ini mereka akan bertukar2 hadiah sesama mereka.

Walaupun hari ini adalah cuti umum, hexene tetap bangun awal untuk melunaskan tanggungjawab kepada kumpulan HEBAT.Memandu proton gen2 yang sangat gah di pagi hari memang terasa HEBAT juga.Hahahaha...almaklumlah tukar sport rim baru...(Cepat2lah dapat capai impianku!Aminnnnnnn)

Selesai brekfes dgn mentor, sahabat serta adik2 hexene tadi,hexene bersama mereka terus ke SILVERSPOON untuk membincangkan perkara yang sangat penting untuk perancangan memimpin adik2 baru kami.Mereka semua perlukan bimbingan kami semua.Mereka perlu belajar meniarap, merangkak, berjalan dan terus berlari.Yang pastinya kami akan bantu mereka untuk lakukan semua tu dengan amat pantas.Kami sangat sayang mereka!!!

Di SILVERSPOON ramai leader2 edata sedang berehat sambil menurunkan ilmu-ilmu mereka ada kepada yang minat mendengar.Suasana sangat tenang disini....hexene begitu santai dan tenang juga melihat pelbagai ragam yang ditonjolkan masyarakat disini.Mungkin dapat imbas bagaimanakah diri hexene suatu ketika dahulu.Waktu2 tenang dihujung minggu begini merupakan saat2 yang indah bagi hexene melabuhkan jasad di atas katil melayan bahtera mimpi2 indah~ tetapi kelainan memang telah wujud dalam diri hexene sekarang.Hexene bukan lagi orang2 seperti itu.Jadi bangun awal pagi merupakan satu kemestian dalam hidup hexene sekarang.Sifu Tuan Haji Imran banyak membuka minda hexene tentang apakah tingkahlaku dan cara hidup orang yang berjaya. Salah satunya adalah bangun subuh dan jangan tidur selepas subuh!Hexene sangat optimis dengan apa yang hexene lakukan sekarang!Hexene sangat mahu jadi org berjaya!

Teringat apa yang Puan Mona sharing masa Special Group Meeting.Beliau sangat tulus dan ikhas ketika sharing dan menyampaikan amanat beliau kepada kami semua.Beliau sangat HEBAT dan hexene amat kagumi!Pesanan beliau yang paling hexene ingat adalah 'Pastikan tiap kali kita bangun tidur, fikirkan siapakah insan yang kita perlu maafkan pada hari itu? Siapakah insan perlu kita bantu pada hari itu?'.

Cukuplah rasanya apa yang hexene nk taip ni...assalamualaikum~