Friday, December 24, 2010

Di SILVERSPOON


Hari ini tanggal 25hb Disember merupakan hari yang sangat lah dinantikan oleh penganut agama Kristian. Selalunya pada hari inilah mereka dapat berkumpul dengan kaum keluarga dan sahabat handai mereka.Mengikut kefahaman, hari ini mereka akan bertukar2 hadiah sesama mereka.

Walaupun hari ini adalah cuti umum, hexene tetap bangun awal untuk melunaskan tanggungjawab kepada kumpulan HEBAT.Memandu proton gen2 yang sangat gah di pagi hari memang terasa HEBAT juga.Hahahaha...almaklumlah tukar sport rim baru...(Cepat2lah dapat capai impianku!Aminnnnnnn)

Selesai brekfes dgn mentor, sahabat serta adik2 hexene tadi,hexene bersama mereka terus ke SILVERSPOON untuk membincangkan perkara yang sangat penting untuk perancangan memimpin adik2 baru kami.Mereka semua perlukan bimbingan kami semua.Mereka perlu belajar meniarap, merangkak, berjalan dan terus berlari.Yang pastinya kami akan bantu mereka untuk lakukan semua tu dengan amat pantas.Kami sangat sayang mereka!!!

Di SILVERSPOON ramai leader2 edata sedang berehat sambil menurunkan ilmu-ilmu mereka ada kepada yang minat mendengar.Suasana sangat tenang disini....hexene begitu santai dan tenang juga melihat pelbagai ragam yang ditonjolkan masyarakat disini.Mungkin dapat imbas bagaimanakah diri hexene suatu ketika dahulu.Waktu2 tenang dihujung minggu begini merupakan saat2 yang indah bagi hexene melabuhkan jasad di atas katil melayan bahtera mimpi2 indah~ tetapi kelainan memang telah wujud dalam diri hexene sekarang.Hexene bukan lagi orang2 seperti itu.Jadi bangun awal pagi merupakan satu kemestian dalam hidup hexene sekarang.Sifu Tuan Haji Imran banyak membuka minda hexene tentang apakah tingkahlaku dan cara hidup orang yang berjaya. Salah satunya adalah bangun subuh dan jangan tidur selepas subuh!Hexene sangat optimis dengan apa yang hexene lakukan sekarang!Hexene sangat mahu jadi org berjaya!

Teringat apa yang Puan Mona sharing masa Special Group Meeting.Beliau sangat tulus dan ikhas ketika sharing dan menyampaikan amanat beliau kepada kami semua.Beliau sangat HEBAT dan hexene amat kagumi!Pesanan beliau yang paling hexene ingat adalah 'Pastikan tiap kali kita bangun tidur, fikirkan siapakah insan yang kita perlu maafkan pada hari itu? Siapakah insan perlu kita bantu pada hari itu?'.

Cukuplah rasanya apa yang hexene nk taip ni...assalamualaikum~

Saturday, October 30, 2010

KENAPA ORANG SELALU MERUNGUT XDE DUIT??

Kebanyakan orang yang xberduit dan mempunyai masalah kewangan selalu memberi alasan-alasan seperti berikut:

-Saya tidak mempunyai wang untuk membuat wang,
Saya berasal daripada keluarga miskin

-Saya perlu menyara keluarga saya. Saya masih
muda. saya sudah tua. Saya tidak pandai.

-Saya tidak mempunyai peluang. Saya malas.
Saya tidak mempunyai kelulusan.

-Suami/isteri saya tidak menyokong saya.
Saya tidak mempunyai pengetahuan secukupnya.

-Saya mempunyai ramai anak. Nasib saya tidak baik.
Saya takut mengambil risiko.

-Saya tidak mempunyai displin.

-Keadaan ekonomi tidak memberansangkan. Saya
tidak pandai membuat keputusan yang baik.

Sekarang, perhatikan semula alasan yang di tulis
dan tentukan sama ada alasan-alasan itu berada
di bawah kawalan anda ataupun disebabkan oleh
faktor luaran yang anda rasakan berada di luar
kawalan anda.

Kebanyakan orang mengharungi kehidupan dengan gaya
pandangan seorang mangsa. Ini menghalang mereka daripada
mengubah keadaan kewangan mereka.

Apabila mereka tidak mendapat hasil yang mereka harapkan,
mereka memberi banyak alasan seperti;

NASIB SAYA TIDAK BAIK

SAYA TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN

SAYA TIDAK MEMPUNYAI MODAL

SAYA DILAHIRKAN MISKIN

ataupun

SAYA BUKAN SEORANG YANG KREATIF.

Kesemua alasan ini tidak dapat diterima kerana kita
tahu terdapat ramai orang yang berjaya mencipta
KEKAYAAN walaupun terpaksa berhadapan dengan kekurangan-
kekurangan yang disebutkan tadi.

Inilah sedikit perkongsian saya serba sedikit berkenaan financial problem among malaysians.Marilah kita start berfikir-fikir mengenainya....InsyALLAH

Tuesday, October 26, 2010

MENGETAHUI MISI HIDUP ANDA

Semua orang mempunyai misi dalam hidup dan yang pastinya ianya berbeza-beza mengikut individu. Dengan memahami misi hidup, kita juga akan dapat memahami erti kewujudan kita di dalam dunia ini. Jadi, kita perlu mengenal pasti misi hidup yang membina nilai dan kepercayaan kita, bersama-sama dengan unsur-unsur penting sebuah kehidupan berjaya yang kita percayai.Sila baca soalan-soalan berikut kepada diri kita:

1)Dalam mencari erti kehidupan, apakah yang kita lakukan supaya kehidupan kita jadi lebih bermakna?

2)Bagaimanakah kita mahu diri sentiasa diingati keluarga?

3)Bagaimanakah kita mahu diri sentiasa diingati kawan-kawan?

4)Dengan cara apakah yang kita ingin melihat sekeliling kita ialah suatu tempat yang lebih baik untuk didiami?

5)Apakah yang membawa kepuasan dan kegembiraan dalam hidup?

6)Apakah pencapaian bermakna yang seterusnya dalam hidup kita?

Apabila misi hidup dapat ditentukan, ia merupakan satu titik tolak untuk kita menilai erti sebenar kehidupan kita.Sekurang-kurangnya menjadi panduan berguna dalam kita menentukan keputusan dalam setiap persoalan dan permasalahan dalam hidup.Kita harus bijak merancang kehidupan yang bagaimana kita impikan dan kecapi selaras dengan langkah yang sewajarnya.Sesungguhnya Allah yang merancang kehidupan kita di dunia ini dan kita sebagai manusia dibekalkan akal untuk menilai dan merancang hidup kita sendiri dengan izinNYA. Wallahu a'lam....  

Saturday, October 23, 2010

Robert Kiyosaki cash flow quadrant

Sapekah Robert Kiyosaki???

Seorang bilionaire seorang rakyat jepun warganegara US.Die ni mmg sgt popular di kalangan ahli perniagaan kt US sbb die mmg seorang educator for finance and business sector.Dlm dunia perniagaan, mamat ni dpt 1st success bile die jd pengimport nylon and velcro wallet.

Die ni jadi makin popular kt seluruh dunia bile die publish buku die "Rich dad Poor dad".Korang leh search sendiri ape content yg ade kt dlm buku ni.Yang membuat aku tertarik adalah cashflow quadrant yang mamat ni cipta.
Belah kanan quadrant ialah B. Rich dad die ckp "B tu stand for Big Business or mcm Bill Gates.Maknenye Big Business ade 500 org pekerja n lebih. Golongan macam ni akan ckp "I'm looking for good system, good network, and the smartest people I know to help run my business."

Tidak seperti S, mereka xmau jalan bisnes sendiri. Mereka nak smart people jalankan bisnes untuk dorang.

Yang I plak, stand for investor. Dorang ni plak ade duit, tp duit tu work hard untuk dorang.

Golongan E dan S adelah golongan yang work hard untuk jadi senang.

So, Robert ni cerita mase awal2 n kecik2 dulu, poor dad die ckp "You know Robert, go to school, get a high paying job..." Ape yang kita nampak kat sini, poor dad die suruh die menjadi seorang pekerja untuk berkhidmat. Yang cuma mahukan job security, promotions, steady pay check dan sebagainya.

Tapi ape yang rich dad die pesan lg sgt tepat "You know, Robert, if you really want to be rich,learn to build businesses."
Ia lebih bermakna sekiranya kita berusaha keras untuk build own business. Sesuatu yang kita sendiri punya, dan sesuatu yang kita boleh wariskan untuk anak-anak dari generasi ke generasi.Dan kesenangan yang kita miliki sekarang boleh dikongsi bersama ahli keluarga yang susah.

Aku tertarik dengan ape yang rich dad die ckp "Why would you work hard for something you'll never own, and you can get fired from it right away?". Sedangkan poor dad die ckp, Work Hard!!

On the left side of the Cash Flow Quadrant, these people work for security, they work for money also.

On the right side of the Cash flow Quadrant the Band I people's key value, what they want is they want Freedom, financial liberty. They don't want to have to work in a job anymore. They don't want to have to work for the rest of their lives.

So moral of the story die kt sini, aku sangat2 mengesa kawan-kawan aku untuk bina satu perniagaan xkira apa pon demi masa depan yang lebih gemilang di samping mendapat keredhaan Allah.Tak penting pun siapakah kita hari ini, ape yang lebih penting adalah apakah yang kita perlu lakukan hari ini untuk menentukan siapakah kita di masa depan! Marilah kita fikirkan bersamaa~ :)

Sape Khairul Azhar ni???


SELAMAT PAGI!!


Ari da ptg pn..tp aku tetap ucap SELAMAT PAGI!!Psikologikalnye klo pk setiap mase pagi..rase panjang sikit mase dlm sehari..

First time wat blog ni...xpnah terpkir pn slame ni nk wat blog2 ni.Tp sejak akhir2 ni rase mcm perlu lak..ahahha

Sbb melalui ruang macam ni aku leh share idea2, buah pkiran and pengalaman ngn kwn2.
Aku br2 ni bru je selesai majlis konvo.Seorang pemegang ijazah Bachelor of Elec. and Electronics Eng. dr UTP Perak.

Alhamdulillah, sudah pun mempunyai pekerjaan sejurus selepas abes blaja bln 6 lepas...After kuar blaja n begelar seorang graduasi br aku tau erti kehidupan sebenar.Bygkan kehidupan yg dilalui mase blaja mmg sgt berbeza ngn bile da bekerjaya.

Aku mula memikirkan erti kehidupan.Hidup kt dunia luar ni mmg penuh cabaran org kate.ye...btol!!!
Sgt mencabar...xkisahla ape skali pn tahap n pencapaian kita dlm academic...sape disekeliling kita n mcm mane kita bawa diri kita skrang yang akan menentukan sapekah kita akan datang!

Bende2 mcm ni la membuatkan aku terfikir sejenak. "Alangkah indahnya hidup ketika begelar student" . Tu yg br2 ni ak terpikir nk sambung pengajian master..even aku da nyampah nk blaja.hihi..

Ok la..sampai situ jela perkongsian aku di peringkat permulaan.ASSALAMUALAIKUM~