Saturday, October 30, 2010

KENAPA ORANG SELALU MERUNGUT XDE DUIT??

Kebanyakan orang yang xberduit dan mempunyai masalah kewangan selalu memberi alasan-alasan seperti berikut:

-Saya tidak mempunyai wang untuk membuat wang,
Saya berasal daripada keluarga miskin

-Saya perlu menyara keluarga saya. Saya masih
muda. saya sudah tua. Saya tidak pandai.

-Saya tidak mempunyai peluang. Saya malas.
Saya tidak mempunyai kelulusan.

-Suami/isteri saya tidak menyokong saya.
Saya tidak mempunyai pengetahuan secukupnya.

-Saya mempunyai ramai anak. Nasib saya tidak baik.
Saya takut mengambil risiko.

-Saya tidak mempunyai displin.

-Keadaan ekonomi tidak memberansangkan. Saya
tidak pandai membuat keputusan yang baik.

Sekarang, perhatikan semula alasan yang di tulis
dan tentukan sama ada alasan-alasan itu berada
di bawah kawalan anda ataupun disebabkan oleh
faktor luaran yang anda rasakan berada di luar
kawalan anda.

Kebanyakan orang mengharungi kehidupan dengan gaya
pandangan seorang mangsa. Ini menghalang mereka daripada
mengubah keadaan kewangan mereka.

Apabila mereka tidak mendapat hasil yang mereka harapkan,
mereka memberi banyak alasan seperti;

NASIB SAYA TIDAK BAIK

SAYA TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN

SAYA TIDAK MEMPUNYAI MODAL

SAYA DILAHIRKAN MISKIN

ataupun

SAYA BUKAN SEORANG YANG KREATIF.

Kesemua alasan ini tidak dapat diterima kerana kita
tahu terdapat ramai orang yang berjaya mencipta
KEKAYAAN walaupun terpaksa berhadapan dengan kekurangan-
kekurangan yang disebutkan tadi.

Inilah sedikit perkongsian saya serba sedikit berkenaan financial problem among malaysians.Marilah kita start berfikir-fikir mengenainya....InsyALLAH

1 comment: