Tuesday, October 26, 2010

MENGETAHUI MISI HIDUP ANDA

Semua orang mempunyai misi dalam hidup dan yang pastinya ianya berbeza-beza mengikut individu. Dengan memahami misi hidup, kita juga akan dapat memahami erti kewujudan kita di dalam dunia ini. Jadi, kita perlu mengenal pasti misi hidup yang membina nilai dan kepercayaan kita, bersama-sama dengan unsur-unsur penting sebuah kehidupan berjaya yang kita percayai.Sila baca soalan-soalan berikut kepada diri kita:

1)Dalam mencari erti kehidupan, apakah yang kita lakukan supaya kehidupan kita jadi lebih bermakna?

2)Bagaimanakah kita mahu diri sentiasa diingati keluarga?

3)Bagaimanakah kita mahu diri sentiasa diingati kawan-kawan?

4)Dengan cara apakah yang kita ingin melihat sekeliling kita ialah suatu tempat yang lebih baik untuk didiami?

5)Apakah yang membawa kepuasan dan kegembiraan dalam hidup?

6)Apakah pencapaian bermakna yang seterusnya dalam hidup kita?

Apabila misi hidup dapat ditentukan, ia merupakan satu titik tolak untuk kita menilai erti sebenar kehidupan kita.Sekurang-kurangnya menjadi panduan berguna dalam kita menentukan keputusan dalam setiap persoalan dan permasalahan dalam hidup.Kita harus bijak merancang kehidupan yang bagaimana kita impikan dan kecapi selaras dengan langkah yang sewajarnya.Sesungguhnya Allah yang merancang kehidupan kita di dunia ini dan kita sebagai manusia dibekalkan akal untuk menilai dan merancang hidup kita sendiri dengan izinNYA. Wallahu a'lam....  

1 comment: